Pemandu lori dipenjara 3 bulan, denda RM100,000

S. Ganesan mengaku bersalah atas empat pertuduhan, terlibat pelupusan haram dan pencemaran buangan terjadual

JOHOR BAHRU, 29 Januari – Mahkamah Sesyen di sini mengenakan penjara tiga bulan dan denda RM100,000 ke atas pemandu lori selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan, terlibat pelupusan haram dan pencemaran buangan terjadual kod SW322, di Johor Bahru, pada November 2023.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pemandu lori S. Ganesan mengaku bersalah atas empat pertuduhan pelupusan haram dan pencemaran buangan terjadual kod SW322.
  • Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM100,000 terhadap tertuduh.
  • Kenderaan terlibat diserahkan kepada kerajaan dan kes dikendalikan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, Dr Mohd Famey Yusoff berkata, tertuduh, S. Ganesan, 51 tahun, membuat pengakuan dihadapan Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu menggunakan lori untuk mengangkut, mencemarkan permukaan tanah, melepaskan ke perairan daratan, serta melupuskan buangan pelarut organic tidak terhalogen, tanpa lesen dan kelulusan.

Kesalahan berkenaan dilakukan di bawah jambatan di Rizab Jalan Persekutuan, Jalan Kampung Maju Jaya, Johor Bahru.

Semua kenderaan terlibat telah dilucut hak kepada Kerajaan Malaysia dan pendakwaan dijalankan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan