Sunday, February 17, 2019
vital-top
updated 2:15 PM UTC, Feb 17, 2019

Pembuat "Drone" China Memperkenalkan "Drone" Yang Bawa Penumpang

 

Las Vegas  - Syarikat pembuat "Drone" China, Ehang Inc. memperkenalkan apa yang dipanggil "drone" pertama di dunia yang mampu membawa penumpang manusia.

Syarikat yang beroperasi di Guangzhou, China menunjukkan video mengenai "drone" tersebut di Pusat Konvensyen Las Vegas semasa pameran CES.

Video itu menunjukkan "drone" terbang dan ianya kelihatan seperti sebuah helikopter kecil tetapi dengan empat kali ganda kipas berputar selari saperti "drone" yang lain.

"Drone" itu yang berkuasa elektrik dan boleh dicas sepenuhnya dalam masa dua jam, boleh membawa berat 220 pound dan terbang selama 23 minit menurut syarikat Ehang Inc.

Kabinnya sesuai muat satu orang dan beg kecil dan juga mempunyai penghawa dingin dan lampu membaca. 

Selepas menetapkan pelan penerbangan, seorang penumpang hanya perlu memberi dua arahan, "take off" dan "land," dan kawalannya adalah melalui satu klik pada permukaan tablet " Microsoft Surface", kata syarikat itu.

Ia direka untuk terbang kira-kira 1,000 hingga 1,650 kaki dari tanah dengan ketinggian maksimum 11,500 kaki dan kelajuan maksimum 63 batu sejam.(AP)

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Teknologi
  • Jumlah paparan: 362