Saturday, June 23, 2018
vital-top
updated 11:34 AM UTC, Jun 23, 2018

Aplikasi SERV Semakin Diterima Masyarakat

 

 

SEREMBAN -  Aplikasi SERV, yang membolehkan pemilik kereta menempah dan mendapatkan sebut harga untuk perkhidmatan penyelenggaraan kereta di mana sahaja, kini semakin diterima masyarakat khususnya di kawasan bandar.

Aplikasi yang dibangunkan 3 anak muda dan dilancarkan pada September tahun lepas, memberi khidmat seperti pakej lengkap penyenggaraan kereta, kepada lebih 300 pemilik kenderaan di sekitar Lembah Klang, Putrajaya dan Cyberjaya.

Seorang pengasas SERV, Arief Imran Hassan Ashari, 30, berkata idea penubuhan SERV tercetus apabila menyedari kekangan masa kerana sibuk bekerja menyebabkan ada sesetengah pemilik kenderaan tidak menjaga kereta mereka dengan baik.

Beliau berkata demikian kepada BERNAMA.
 
((BERNAMA))
  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Teknologi
  • Jumlah paparan: 133