Saturday, February 16, 2019
vital-top
updated 9:20 AM UTC, Feb 16, 2019

Atlet Para Negara, Mohamad Ridzuan Puzi Rangkul Anugerah Asia

                                                                                         Foto:FB Majlis Sukan Negara 

KUALA LUMPUR - Atlet para negara, Mohamad Ridzuan Puzi sekali lagi mengharumkan nama negara apabila dinobatkan sebagai Atlet Para (Lelaki) Terbaik Asia 2018, awal pagi tadi.

Beliau zahirkan rasa gembira dan berterima kasih kepada Jawatankuasa Paralimpik Asia kerana memberi penghargaan ini.

Katanya penghargaan tersebut akan membakar semangat untuk terus melakar pencapaian lebih baik selepas ini

Mohamad Ridzuan menerima anugerah berkenaan daripada Presiden Majlis Paralimpik Emiriah Arab Bersatu, Mohamed Alhameli dan Presiden Jawatankuasa Paralimpik Asia, Majid Rashed pada majlis yang berlangsung di Dubai.

Beliau mencipta rekod dunia dalam acara 100m lelaki T36 (celebral palsy) dan rekod Sukan Asia bagi acara lompat jauh pada temasya Sukan Para Asia di Jakarta, Oktober tahun lalu.

Beliau yang meraih tiga emas di Jakarta muncul atlet pertama Malaysia diberi pengiktirafan itu.

  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Kategori: Sukan
  • Jumlah paparan: 105