Thursday, February 21, 2019
vital-top
updated 1:31 PM UTC, Feb 21, 2019

Tanda Tanya Penganjuran Ironman Langkawi

  • Published in Sukan

LANGKAWI - Selepas hampir 16 tahun penganjuran Ironman Langkawi, kemungkinan besar acara sukan lasak ini akan terus berkubur kewujudannya, ekoran syarat ketat yang dikenakan. 

Itu jelas Pengarah Urusan Ironman Asia Geoff Meyer, sebaik kontrak penganjuran tamat hujung tahun ini. 

Bagaimanapun, mereka amat berharap solusi terbaik dapat dicapai agar penganjuran dapat diteruskan pada masa hadapan. 

Tambah beliau, Ironman Langkawi merupakan penganjuran yang hebat dan antara lokasi terbaik tumpuan triatlet terbaik seluruh dunia. 

Ironman mula dianjurkan di Malaysia pada tahun 2000 sebelum ditangguhkan tahun 2010, namun penganjuran kembali mengisi kalendar Ironman dunia pada 2014.