Thursday, February 21, 2019
vital-top
updated 1:31 PM UTC, Feb 21, 2019

Tiger Woods Sasar Sertai Kejohanan Golf Di California

  • Published in Sukan

New York - Bekas pemain golf nombor satu dunia, Tiger Woods berharap dapat menyertai kejohanan utama di California, bulan depan.

Bagaimanapun, ia bergantung kepada setakat mana proses pemulihan daripada pembedahan yang dijalaninya.

Woods, 40, tidak menyertai mana-mana pertandingan utama sejak Ogos 2015.

Sejak menang Terbuka Amerika Syarikat pada 2008, Woods dibelenggu masalah kecederaan lutut, kaki dan belakang sehingga kadang kala tidak boleh memukul bola.