Sunday, February 17, 2019
vital-top
updated 1:46 PM UTC, Feb 17, 2019

Liga Super 2016 : JDT Dan P.Pinang Seri 1-1

  • Published in Sukan

Pulau Pinang - Perlawanan Liga Super antara Pulau Pinang dengan JDT di Stadium Bandaraya menyaksikan jaringan terikat dengan keputusan 1-1.
 
Setelah tewas 3-0 di tangan Perak minggu lalu, pasukan JDT memulakan separuh pertama dengan garang.

Beberapa percubaan awal menerusi striker JDT pada awal minit permainan berjaya ditepis oleh penjaga gol Pulau Pinang , Sani Anuar Kamsani.

Minit ke- 17 pemain import JDT, Pererya Diaz menjaringkan gol menarik menerusi tandukan di hadapan gol selepas pemain pertahanan Pulau Pinang gagal mengawal serangan JDT.

Masuk separuh kedua, Pulau Pinang pula bangkit dengan menghasilkan gerakan menarik.

Minit ke 60, Mohd Fitri Omar berjaya membuat satu sepakan " first timer" selepas berlaku sedikit kekasaran dalam kotak penalti.

First timer itu nyata tidak dapat dibaca oleh penjaga gol JDT Mohd Izham Tarmizi , menjadikan Pulau Pinang seri 1-1 sehingga akhir perlawanan.

Keputusan muktamad Pulau Pinang 1-1 JDT .