Monday, February 18, 2019
vital-top
updated 3:50 PM UTC, Feb 18, 2019

Sukma 2016 : Khairul Hafiz Jantan , Nur Aqilah Yusof Dinobatkan Olahragawan Dan Olahragawati

  • Published in Sukan

Sarawak - Dalam pada itu, pelari pecut Melaka, Khairul Hafiz Jantan akhirnya sah dinobatkan selaku olahragawan terbaik SUKMA EDISI KE-18.

Sementara, atlet memanah Terengganu, Nur Aqilah Yusof, diangkat selaku olahragawati.

Cemerlang empat pingat emas, The Flying Youth atau juga dikenali The Speedy Jantan bermula dengan catatan 10.18 saat emas 100 meter meleburkan rekod 18 tahun kejohanan milik,  Watson Nyambek.

Seterusnya, Khairul Hafiz 18 tahun, terus cemerlang mencatat masa 21.03 saat memadamkan rekod kebangsaan, Nazmizan Mohamad dalam acara 200 meter dan merangkul dua lagi pingat emas dalam acara 4x100 dan 4x400 meter.

Kecemerlangan ini sememangnya melayakkan anak jati Bukit Katil,  Melaka dijulang selaku olahragawan terbaik Sukan Malaysia 2016.

Pemanah Terengganu, Nur Aqilah Yusof 17 tahun, juga layak dinobatkan olahragawati SUKMA 2016 apabila merangkul tiga pingat emas.

Panahan emas pertama, acara 70 meter recurve individu, mencatat 331 mata meleburkan rekod kebangsaan 329 mata miliki Mon Redee Sutxi.

Selepas itu, Nur Aqilah terus konsisten dengan panahannya, rangkul emas kedua acara 60 meter recurve dengan catatan baharu kejohanan iaitu 328 mata.

Dan juga emas ketiga serta rekod baharu kejohanan acara 30 meter recurve dengan 341 mata.

Ini merupakan penyertaan kedua Nur Aqilah selepas gagal menyerlah pada edisi 2014 Perlis.  

Kedua-dua jaguh ini membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 dan piala iringan.