Thursday, April 18, 2019
vital-top
updated 2:41 PM UTC, Apr 18, 2019

Perkembangan Menjelang Olimpik Rio 2016

  • Published in Sukan

Rio - Jika semalam, kontijen Australia menyuarakan ketidakpuasan hati mereka mengenai tempat penginapan di perkampungan atlet. 

Tetapi lain pula pandangan daripada kontijen Portugal dan Sweden. 

Atlet dari seluruh dunia mula tiba di perkampungan atlet Rio De Janeiro. 

Dalam masa sama, pihak penganjur menugaskan lebih 500 petugas untuk memeriksa setiap unit penginapan atlet. 

Pasukan kayak Sweden yang melapor masuk ke penginapan melalui jurulatihnya, Martin Potocny, menghadapi masalah tandas yang tidak berfungsi dengan baik. 

Sementara delegasi Finland menghadapi masalah tiada bekalan air panas. 

Namun, lain pula delegasi Portugal yang berpuashati  dengan kelengkapan yang disediakan pihak penganjur. 

Perkampungan sukan terutama unit penginap atlet menjadi antara isu utama di Rio. 

Terdiri daripada 31 unit bangunan untuk menempatkan 18 ribu atlet dari seluruh dunia, perkampungan telah dirasmikan Ahad lalu. 

Laporan tempatan menyatakan hanya lima peratus daripada tiga ribu 600 apartment menghadapi masalah kelengkapan. 

Pihak penganjur memberi jaminan semua kekurangan akan disempurnakan menjelang Rabu.