Sunday, April 21, 2019
vital-top
updated 12:08 PM UTC, Apr 21, 2019

Pemain UUM Beraksi Cemerlang Di Kejohanan Golf Universiti Dunia

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Dua pemain Akademi Golf Nasional Universiti Utara Malaysia (UUM) berjaya mengharumkan nama negara di Kejohanan Golf Universiti Dunia 2016 di Brive-La-Gaillarde, Perancis pada 23 hingga 26 Jun lalu.

Muhammad Afif Muhammad Razif dan Nurul Shahirah Nasir Saparudin masing-masing mempamerkan aksi cemerlang untuk menempatkan diri pada kedudukan ke-sembilan dan 12 kategori individu lelaki dan wanita.

Selain itu, pasukan lelaki UUM menduduki tempat kelapan dari 14 negara yang bertanding manakala skuad wanitanya pula di tangga ketujuh dari 12 negara.

"Pencapaian pasukan UUM itu sangat membanggakan, malah berjaya memintas pasukan dari Amerika Syarikat pada hari terakhir kejohanan." kata pengurus pasukan, Prof Madya Dr Azman Yasin dalam kenyataan di sini.

Pada kejohanan itu, seramai 130 peserta dari 28 negara bertanding bagi merebut empat pingat emas yang ditawarkan iaitu bagi kategori individu lelaki dan wanita dan berpasukan lelaki dan wanita.

Filipina bakal menjadi tuan rumah Kejohanan Golf Universiti Dunia yang akan berlangsung pada 2018.