Thursday, April 18, 2019
vital-top
updated 2:41 PM UTC, Apr 18, 2019

Piala Malaysia - PDRM 2 Perak 1

  • Published in Sukan

Perak - Perak memulakan aksi pertama Piala Malaysia dengan langkah sumbang selepas tewas kepada PDRM di Stadium Perak. 

Perlawanan ini juga merupakan yang pertama Perak berada di bawah kendalian Ketua Jurulatih,Karl Heinz Weigang. 

Gol pertama perlawanan terhasil apabila PDRM menjaringkan gol seawal minit ke-5 menerusi sepakan penalti yang disudahkan Guilherme De Paula. 

Pada minit ke-21, tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan hasil rembatan kencang oleh pemain importnya, Xhevahir Sukaj. 

Skuad bimbingan Karl Heinz Weigang juga hampir menambahkan jaringan pada minit ke-31, namun sepakan Oybek Kilichev hanya mengenai tiang gol. 

Pada separuh masa kedua,Perak melakukan dua pertukaran dengan memasukkan Kenny Palraj menggantikan Oybek dan Mohammad Hisyamudin menggantikan Mohd Raffi. 

Minit ke-49, PDRM terus menjarakkan kedudukan menerusi Muhammad Safuan selepas bijak memperdayakan penjaga gol tuan rumah, Muhd Hafizul Hakim. 

Pengadil perlawanan, Syed Azhar Syed Kamar melayangkan satu kad merah kepada pemain PDRM, Mohd Lot Abu Hassan selepas mengasari pemain Perak, Amirul Azhan. 

Kedudukan kekal PDRM 2 Perak 1 sehingga perlawanan tamat.