Monday, February 18, 2019
vital-top
updated 3:50 PM UTC, Feb 18, 2019

Piala Malaysia - Kedah Menang Tipis 4-3 Ke Atas Sarawak

  • Published in Sukan

Alor Setar - Kedah menang tipis 4-3 keatas Sarawak  pada saingan Kumpulan A di Stadium Darulaman, Alor Setar. 

Kedah berada didepan pada minit ke 14 selepas  mendapat sepakan penalti yang disempurnakan pemain import, Liridon Kraniqi. 

Permainan semakin rancak, apabila kedua-dua pasukan berbalas serangan, namun tuah memihak kepada pelawat apabila berjaya menyamakan kedudukan satu sama menerusi jaringan Makeche Ndumba pada minit yang ke 25. 

Tiga minit kemudian, pelawat menerusi Nur Shamie Iszuan Amin mendiamkan lebih 30 ribu penyokong tuan rumah dengan gol kedua. 

Aksi panas pelawat mula tercetus penghujung babak pertama apabila pengadil, Nazmi Nasaruddin menghadiahkan sepakan penalti kepada tuan rumah yang mengundang rasa tidak puashati dikalangan pemain pelawat. 

Bantahan ketua pasukan Sarawak, Hairol Moktar menyebabkan beliau dilayangkan kad merah dan diarah keluar padang. 

Laridon Krasniqi sekali lagi dengan mudah menyempurkan sepakan penalti menjadikan kedudukan dua sama. 

Bermain dengan 10 orang, Sarawak cuba mengimbangi perlawanan lawan, pada minit yang ke 48, Makeche Ndumba akhirnya berjaya menjaringkan gol ketiga Sarawak. 

Kedah yang kembali menemui rentak permainan , tidak putus asa, pada minit yang ke 57 , Badrol Bahtiar mencipta jaringan penyamaan 3 sama. 

Gol kemenangan Kedah akhirnya dijelmakan Thigo Augusto pada minit yang ke 65.