Sunday, April 21, 2019
vital-top
updated 12:08 PM UTC, Apr 21, 2019

Piala Malaysia - Selangor Dahului Kuala Lumpur 1-0

  • Published in Sukan

Shah Alam  - Dalam Aksi pembuka tirai TM Piala Malaysia 2016, Selangor terpaksa menunggu sehingga minit ke 87 untuk membolosi gawang Kuala Lumpur dalam perlawanan Derby Lembah Klang di Stadium Shah Alam. 

Pertembungan dua pasukan Lembah Klang ini bagaimanapun bermula perlahan dengan pergerakan bola terbatas di bahagian tengah padang. 

Separuh masa pertama menyaksikan Selangor buntu menyusun gerak memburu gol apabila Kuala Lumpur utuh menyerap asakan demi asakan dengan formasi 4-4-2 mereka. 

Separuh masa kedua, Selangor menukar rentak permainan, hasilnya beberapa percubaan berbahaya memaksa penjaga gol The City Boys, Badrul Zaman Abdul Halim beraksi cemerlang menafikan gol untuk Selangor. 

Harapan skuad wargakota untuk mencuri satu mata dimusnahkan pemain gantian, Adam Nur Azlin yang tenang memanfaatkan keadaan kelam kabut di hadapan pintu gol Kuala Lumpur untuk Selangor mendahului 1-0 pada minit ke 87. 

Kedudukan kekal sehingga tamat perlawanan sekaligus membuatkan Selangor menarik nafas lega mengutip tiga mata penuh.