Monday, February 18, 2019
vital-top
updated 3:50 PM UTC, Feb 18, 2019

Piala Malaysia - JDT Seri Dengan PKNS FC Di Laman Sendiri

  • Published in Sukan

Larkin - Johor Darul Takzim, JDT memulakan kempen TM Piala Malaysia 2016 dengan langkah sumbang selepas sekadar seri 2-2 dengan Selangor PKNS FC di laman sendiri malam tadi. 

Walaupun selesa mendahului 2-0 , anak buah Mario Gomez gagal manfaatkan peluang ketika aksi berbaki 10 minit untuk ditamatkan. 

Safee Sali berjaya meletakkan JDT didepan hasil gerakan Pereyra Diaz dan S.Chanturu. 

10 minit kemudian, Juan Martin Lucero merekod jaringan kedua buat tuan rumah hasil hantaran aznie Taib. 

Kemasukkan kapten JDT, Safiq Rahim gagal membantu rakan sepasukan malah gol pertama PKNS berpunca daripada kesilapannya. 

Pelawat mencipta gol pertama menerusi Gabril Miguel Guerra pada minit ke 83. 

Kesilapan Junior Edstal pada minit ke - 89 yang tertampan bola menghadiahkan penalti buat PKNS. 

Juan Manuel Corbelli tenang menyudahkan sepakan untuk mengikat kedudukan 2-2.