Sunday, April 21, 2019
vital-top
updated 8:05 AM UTC, Apr 21, 2019

Badminton - Malaysia Terkandas Di Pusingan Kalah Mati

  • Published in Sukan

Bangkok - Hasrat skuad negara untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Remaja Asia Berpasukan Campuran 2016 tidak kesampaian apabila terkandas di pusingan kalah mati di tangan pasukan china. 

Melangkah ke pusingan suku akhir kalah mati selaku pasukan kedua di belakang juara kumpulan C, Indonesia. 

Skuad negara diundi bertemu juara 10 kali, China. 

Skuad tembok besar nyata mantap mudah menewaskan skuad 3-0 untuk mara ke separuh akhir. 

Di separuh akhir, china bakal bertemu Jepun yang turut mencatat kemenangan 3-0 menewaskan India.