Wednesday, April 24, 2019
vital-top
updated 3:28 PM UTC, Apr 24, 2019

Olimpik Rio - Hanya Dua Pass Akredetasi Untuk Pemain

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Persatuan Badminton Malaysia BAM akur dengan keputusan penganjur, hanya dua pass akredetasi disediakan untuk pemain yang akan dibawa sebagai rakan sepelatih untuk ke Brazil. 

Pemangku Presiden badan induk itu, Tan Sri Al Amin Abdul Majid mengesahkan perkara itu dalam sidang media selepas mesyuarat exco di Pejabat BAM.

Sebelum ini, BAM memohon pass akredetasi lebih melalui Majlis Olimpik Malaysia OCM khas untuk pasukan badminton, apalagi harapan pingat negara DaTuk Lee Chong Wei sendiri mahukan dua orang rakan sepelatih untuk dibawa bersama. 

Tan Sri Al Amin turut memaklumkan skuad badminton negara akan bertolak ke Rio lebih awal iaitu pada 29 Julai, mengambil kira masa perjalanan yang panjang sehingga 11 jam. 

Dalam pada itu, tidak seperti empat tahun lalu iaitu pada LONDON 2012, keputusan untuk tidak mengadakan kem latihan pusat bagi olimpik kali ini di luar KUALA LUMPUR adalah muktamad dan hanya akan diadakan di stadium juara BUKIT KIARA. 

Antara lain yang dibincangkan dalam mesyuarat exco, pemakluman Pusat Kecemerlamgan Badminton Negara Bukit Kiara yang sepatutnya siap pada September terpaksa ditangguhkan sehingga bulan Disember. 

Pusat Kecemerlamgan Badminton Negara mempunyai 18 gelanggang selain asrama penginapan, gimnasium , kafeteria, pejabat dan auditorium.