Monday, February 18, 2019
vital-top
updated 3:50 PM UTC, Feb 18, 2019

Tiada Pegawai PDRM Iring Kontinjen Negara Ke Olimpik Rio

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Tiada pegawai PDRM yang akan mengiringi kontinjen negara ke Olimpik Rio. 

Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan,  Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberi jaminan,  kementerian akan tetap mengambil langkah perlu,  termasuk meminta penganjur  memastikan keselamatan atlet negara. 

Khairy  ditemui media,  pada Majlis Berbuka Puasa bersama media,  anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Petaling Jaya,Selangor. 

Cadangan supaya diadakan pegawai polis pengiring, dilontarkan  Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar. 

Ia susulan peningkatan kes jenayah di Brazil. 

MOM bimbang kerana ramai atlet menjadi mangsa jenayah di Rio. 

Terbaru, skuad pelayaran paralimpik Australia menjadi mangsa samun ketika pulang dari sesi latihan.

Jawatankuasa Olimpik Australia sudah menghantar permohonan rasmi kepada penganjur untuk meningkatkan tahap keselamatan.