Monday, February 18, 2019
vital-top
updated 3:50 PM UTC, Feb 18, 2019

Rossi Yakin Mampu Ulang Pencapaian Terbaik Di Litar Assen

  • Published in Sukan

Assen, Belanda - Menjelang perlumbaan pusingan kelapan, Motogp Grand Prix Assen, Lagenda Motogp, Valentino Rossi,  yakin mampu mengulangi pencapaian terbaik untuk muncul juara sepertimana dipamerkan ketika perlumbaan di Catalunya, Sepanyol. 

Seterusnya, mencari kemenangan ketiganya musim ini. 

Rossi semakin yakin untuk merapatkan kedudukan mata dengan pendahulu ketika ini Marc Marquez yang memiliki kelebihan 22 mata. 

Rossi turut mengemari litar Assen memenangi lapan perlumbaan di sini termasuk , kemenangan menghiburkan tahun 2015. 

Sementara, Rossi perlu menyaingi kehebatan penunggang Honda, Marquez yang menjuarai perlumbaan di sini tahun lalu. 

Tidak ketinggalan rakan sepasukan Rossi, Jorge Lorenzo. 

Ramalan cuaca melaporkan kemungkinan besar hujan lebat akan turun pada hari perlumbaan, ahad ini.