Thursday, February 21, 2019
vital-top
updated 1:31 PM UTC, Feb 21, 2019

EURO 2016 - Slovakia 2 Rusia 1, Perancis 2 - Albania 0 Dan Romania 1 Switzerland 1

  • Published in Sukan

Paris - Slovakia membuat kejutan dengan mengalahkan Rusia 2 - 1, Marek Hamsik menjaringkan gol kemenangan yang menakjubkan pada minit ke-45.

Gol pertama Slovakia dijaringkan oleh Vladimir Weiss pada minit ke-32 selepas mendapat bola dari Marek Hamsik. Pasukan Rusia bagaimana pun cuba meningkat prestasi mereka dan pada minit

ke-80, Denis Glushakov menanduk gol masuk ke pihak lawan.

Perlawanan berakhir dengan kedudukan 2 - 1 memihak pada Slovakia.

Dalam perlawanan Kumpulan A, Perancis menang lagi tewaskan Albania 2 - 0.

Gol lewat dekat akhir perlawanan dari Antoine Griezmann pada minit ke-90 dan Dimitri Payet pada waktu masa cedera sebelum tamat permainan menyaksikan tuan rumah Perancis kalahkan

Albania dan menjadi pasukan pertama untuk mara ke peringkat kalah mati di Kejohanan Euro 2016.

Manakala dalam pertemuan antara Romania dan Switzerland, kedua-dua seri 1 -1.

Romania mendahului dengan gol penalti pada minit ke-18, Bogdan Stancu hantar bola ke jaring gol.

Switzerland balas pada minit ke-57 apabila Admir Mehmedi balun bola yang melantun ke depannya ke jaring gol yang tidak dapat dihalang.