Monday, February 18, 2019
vital-top
updated 2:45 PM UTC, Feb 17, 2019

Olimpik Rio - Badminton Target Sekurang-Kurangnya Tiga Pingat

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Sekurang-kurangnya tiga pingat mampu dikutip dari acara badminton dalam Sukan Olimpik Rio. 

Acara tersebut ialah perseorangan lelaki, beregu lelaki dan beregu campuran. 

Hal ini disuarakan Pemangku Presiden Persatuan Badminton Malaysia, Tan Sri Mohamed Al Amin Abdul Majid yang juga Ketua Kontinjen Malaysia ke Olimpik Rio. 

Jaguh perseorangan lelaki, Datuk Lee Chong Wei diletakkan sebagai sandaran utama, beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying turut dilihat berpotensi untuk meraih pingat. 

Beregu wanita, Vivian Hoo-Woon Khe Wei dan perseorangan wanita, Tee Jing Yi turut layak ke Rio. 

Mengenai kecederaan ketegangan otot yang dialami Chong Wei hingga menyebabkannya menarik diri daripada Terbuka Australia, minggu lalu, beliau menjelaskan ia tidak begitu membimbangkan. 

Beliau yang meninjau persiapan skuad badminton negara ke Rio mengakui tujuan utamanya untuk melihat sendiri kecederaan pemain nombor satu dunia itu.