Thursday, February 21, 2019
vital-top
updated 1:31 PM UTC, Feb 21, 2019

EURO 2016 - Itali 2 Belgium 0, Sepanyol 1 Czech 0 Dan Sweden 1 Republik Ireland 1

  • Published in Sukan

 

Paris - Pemain Emanuele Giaccherini dan Graziano Pelle menjaringkan gol bagi Itali untuk mengatasi Belgium 2 - 0 dalam kempen Euro 2016 di Lyon.

Giaccherini menjaringkan gol pada minit ke-32 dalam separuh masa pertama selepas mengutip hantaran jauh dari Leonardo Bonucci.

Pelle pula memastikan kemenangan pada masa kecederaan.

Belgium sangat mengecewakan, dengan Romelu Lukaku dan Divock Origi membazir peluang di depan gol.

Dalam pertemuan antara pasukan Sepanyol dan Repulik Czech, Gerard Pique berjaya menanduk masuk gol pada minit ke-87 ekoran bola silang dari Andres Iniesta menjadi kedudukan 1 - 0 hingga akhir perlawanan.

Di Stade de France, Republik Ireland yang mendahului permainan dengan satu gol malangnya melihat pemain Ciaran Clark menjaringkan gol sendiri pada minit ke-71.

Wes Hoolahan memberi gol kepada Republik Ireland pada minit ke-48. Perlawanan akhir dengan jaring seri 1 - 1.