Sunday, April 21, 2019
vital-top
updated 12:08 PM UTC, Apr 21, 2019

SUKMA - Nasib Dua Pelari Pecut Negara Diputuskan Dalam Masa Terdekat

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Nasib Dua pelari pecut negara Khairul Hafiz Jantan dan Badrul Hisyam Abdul Manap sama ada menyertai Sukan Malaysia, SUKMA Sarawak ataupun Kejohanan Remaja Dunia di Poland akan diputuskan dalam masa terdekat. 

Menurut Timbalan Ketua Pengarahnya Datuk Ab Jalil Abdullah pihaknya perlu meneliti sedalam-dalamnya sebelum memutuskan kejohanan mana patut disertai 2 atlet berkenaan. 

Perlu mengambil kira pandangan semua pihak termasuk Majlis Sukan Negeri. 

Jelas beliau antara aspek utama yang akan dinilai dalam membuat keputusan adalah keutamaan kejohanan tersebut kepada atlet berkenaan serta impaknya. 

Sebelum ini Hisyam dan Badrul dilaporkan mahu menyertai SUKMA dan keputusan mereka mendapat sokongan daripada jurlatihnya Mohd Poad Md Kassim. 

Keputusan kontorversi mereka juga turut mendapat restu daripada Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM). 

Kedua-dua kejohanan dijadualkan berlangsung pada waktu sama bulan Julai. 

Jalil ditemui di Bukit Jalil selepas merasmikan Forum Kejurulatihan diterajui Pengarah Jurulatih Kebangsaan yang baharu dilantik Alan Philip Black. 

Bermula hari ini sehingga esok seminar melibatkan penyertaan beberapa jurulatih sukan kebangsaan.