Sunday, April 21, 2019
vital-top
updated 12:08 PM UTC, Apr 21, 2019

Keputusan EURO 2016 - Switzerland 1 Albania 0, Wales 2 Slovakia 1 Dan England 1 Rusia 1

  • Published in Sukan

 

Paris - Switzerland mengatasi Albania 1 - 0  dalam perlawanan yang melihat captain Albania Lorik Cana dikeluarkan apabila menerima kuning kedua kerana menyentuh bola dengan tangan.

Gol Switzerland di jaringkan oleh header Fabian Schar melalui tandukan pada awal minit ke-5.

Wales kalahkan Slovakia 2 - 1 dalam perlawanan pembukaannya Euro 2016 dan kemenangan itu menunjukkan kembalinya ke kejohanan utama selepas ketiadaan selepas 58 tahun.

Sepakan percuma Gareth Bale pada minit ke-10 memberi Wales gol untuk mendahului separuh masa.

Pemain Slovakia Ondrej Duda pula menyamakan kedudukan pada minit ke-61.

Pemain pengganti Hal Robson-Kanu mendapat gol kemenangan pada minit ke-81 dan Wales, selaku juara kumpulan B mempunyai peluang yang sangat baik untuk mara ke peringkat depan.

England seri 1-1 dengan Rusia, Eric Dier menjaringkan gol pendahulu untuk England pada minit ke-73 tetapi Rusia berjaya menyama kedudukan pada lewat perlawanan apabila tandukan masa kecederaan Vasili Berezutski  masuk gol di Stade Velodrome.