Wednesday, April 24, 2019
vital-top
updated 3:28 PM UTC, Apr 24, 2019

EURO 2016 Bermula Hari Ini Dalam Suasana Keselamatan Yang Ketat

  • Published in Sukan

 

Paris - Kejohanan Euro 2016 Euro 2016 akan bermula pada hari ini dengan tuan rumah Perancis bertemu Romania di Stade de France dalam suasana operasi keselamatan yang ketat.

Perancis masih di bawah keadaan darurat selepas serangan November lalu di Paris, apabila 130 orang terbunuh.

Lebih daripada 90,000 polis, tentera dan pengawal swasta akan ditempatkan pelbagai tempat di kejohanan itu, dan dijangka tujuh juta peminat kejohanan Euro 2016 akan melawat 10 bandar di Perancis.

Penganjur UEFA, dan pihak berkuasa Perancis, menegaskan mereka telah mengambil segala langkah keselamatan yang mungkin untuk memastikan kiraan 2.5 juta penonton yang dijangka pada 51 perlawanan agar mereka akan selamat.