Sunday, February 17, 2019
vital-top
updated 1:46 PM UTC, Feb 17, 2019

Khairul Anuar Mohamad Tetap Fokus

  • Published in Sukan

Bukit Jalil - Pemanah kebangsaan Khairul Anuar Mohamad yang masih bersedih dengan pemergian bapa tersayang Ahad lalu akan tetap fokus membantu pasukan recurve lelaki mencuri satu slot ke Sukan Olimpik Rio nanti. 

Beliau tidak akan patah semangat untuk beraksi cemerlang pada Kejohanan Dunia di Turki minggu depan. 

Menggenggam amanat  terakhir sebelum pemergian bapanya, Mohamad Said supaya fokus walauapapun  terjadi. 

Khairul yang telahpun mengesahkan slot ke Olimpik dalam acara individu redha dengan apa yang berlaku dan masih  memasang azam tinggi membantu pasukan recurve lelaki. 

Latihan selama sebulan yang dijalani di Korea Selatan baru-baru ini turut membantu membina persefahaman pasukan. 

Bagi rakan sepasukan Haziq Kamaruddin, kehadiran Khairul sememangnya ditagih oleh rakan-rakan. 

Kejohanan Dunia di Antalya Turki yang bakal berlangsung 12 hingga 19 Jun merupakan peluang terakhir pasukan lelaki negara melayakkan diri dengan 3 slot disediakan. 

Selain Khairul dan Haziq,turut serta Muhamad Akmal Nur Hasrin dan Muhamad Ikram Joni.