Sunday, April 21, 2019
vital-top
updated 8:05 AM UTC, Apr 21, 2019

Piala Angle 2016 - SRA Muncul Juara Dalam Kejohanan Gimnastik Antarabangsa Bawah 15 Tahun

  • Published in Sukan

Dalam Kejohanan Gimnastik Antarabangsa Bawah 15 tahun Piala Angel 2016, Malaysia yang diwakili Serdang Rhythmic Angels (SRA) muncul juara bagi edisi ketujuh kejohanan tersebut.  

SRA muncul juara selepas berjaya mengumpul mata tertinggi, 151.846 mata menewaskan Kelab Jintana dari Thailand. 

Kelab Jintana sekadar berpuas hati di tempat kedua dengan mengutip 129.263 mata manakala Kelab Gymmaster juga dari Thailand di tempat ketiga dengan 126.414 mata. 

Pengerusi penganjur, Kok Mong Lin ketika ditemui berkata, kejohanan pada tahun ini mendapat sambutan yang paling menggalakkan apabila mendapat penyertaan 15 pasukan dari 10 negara. 

   

Kejohanan selama tiga hari dari 3 hingga 5 Jun turut diserikan dengan persembahan dari gimnas Olimpik Ukraine, Alina Maksymenko.