Monday, February 18, 2019
vital-top
updated 2:45 PM UTC, Feb 17, 2019

Perak Terima Peruntukan RM152 Juta Untuk SUKMA 2018

  • Published in Sukan

Kuala Kangsar - Perak menerima peruntukan RM152 juta  untuk penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2018. 

Ia bagi melaksanakan kerja menambah baik dan baik pulih kemudahan sukan menjelang temasya itu. 

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, peruntukan itu tanda komitmen kerajaan bagi membantu negeri dalam membangunkan semula kemudahan sukan sedia ada.    

Peruntukan itu tidak termasuk yang sudah diluluskan sebelum ini bagi kerja baik pulih velodrom yang dijangka siap tahun depan. 

Beliau berkata demikian selepas Program Fit Malaysia di Dataran Pavilion, Kuala Kangsar. 

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang turut menghadiri program tersebut menghargai komitmen kerajaan persekutuan itu. 

Lebih 12,000 peserta menyertai program fit malaysia itu di kuala kangsar.