Sunday, April 21, 2019
vital-top
updated 8:34 AM UTC, Apr 21, 2019

Bola Nation Cup : Bernhardt Mahu Tiga Mata Dalam Perlawanan Pertama

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Menjelang Kejohanan Bola Sepak Nation Cup 2016 di Melaka pada 3 dan 5 Jun ini.
  
Pengendali Skuad Bawah 22 Tahun Negara, Frank Bernhardt enggan berputih mata sasar tiga mata pada perlawanan pertama menentang Singapura.

Beliau mahu anak-anak buahnya , menggunakan kelebihan selaku tuan bagi menampilkan persembahan  terbaik bagi melayakkan diri ke final sekaligus menanti pemenang antara Thailand atau Vietnam.

Bagaimanapun beliau tetap menghormati keupayaan skuad Bawah 21 Tahun Singapura bimbingan jurulatih, Richard Bok.

Selain, menganggap semua pasukan mempunyai peluang seimbang untuk muncul juara sulung kejohanan itu.

Beliau ditemui RTM ketika mengendalikan sesi latihan Skuad Bawah 21 Tahun Negara di Stadium Hang Tuah di Bandaraya Melaka.

Skuad negara akan memulakan saingan menentang Singapura pada Jumaat ini pada jam 8.45 malam.

Piala Negara Negara atau Nation Cup merupakan ujian kedua skuad Frank Bernhardt selepas dua aksi persahabatan antarabangsa menentang skuad bawah 22 tahun FIlipina dan skuad senior Nepal di Paroi penghujung Mac lalu.