Wednesday, April 24, 2019
vital-top
updated 3:28 PM UTC, Apr 24, 2019

Penyerang Man Utd, Marcus Rashford Tandatangan Kontrak Baharu Sehingga 2020

  • Published in Sukan

London - Penyerang Manchester United Marcus Rashford yang berusia 18 tahun, menandatangani perjanjian baharu yang akan mengekalkannya di Old Trafford sehingga Jun 2020.

Rashford yang telah dipilih dalam skuad 26 orang pemain England untuk Euro 2016 dan telah menjaringkan gol dalam penampilan pertama menentang Australia pada hari Jumaat lepas.

"Saya bersyukur kerana mempunyai peluang untuk membuktikan diri saya," katanya.

"Untuk mendapat bermain bola sepak di kelab terbesar di dunia sungguh bermakna dan adalah segala-galanya kepada saya dan keluarga saya."

Kontrak baru Rashford ini dikatakan bernilai £ 20,000 seminggu.