Friday, April 19, 2019
vital-top
updated 4:55 AM UTC, Apr 19, 2019

Malaysia Seri Tanpa Jaringan Menentang Myanmar

  • Published in Sukan

Yangon - Persembahan anak buah Datuk Ong Kim Swee masih gagal menyaingi pasukan Asia Tenggara apabila hanya mampu seri tanpa jaringan dalam perlawanan bola sepak  persahabatan bertemu Myanmar. 

Semestinya, peminat bolasepak kecewa dengan persembahan yang dilihat seolah-olah tidak bermaya di Yangon. 

Beraksi di Stadium Thuwunna, Yangon skuad senior negara sepatutnya tidak menghadapi masalah untuk mencatat kemenangan ke atas pasukan muda Myanmar. 

Namun, percubaan demi percubaan dan gerakan demi gerakan yang diatur gagal membuahkan jaringan anak buah Ong KIm Swee seperti hilang idea untuk menghasilkan jaringan. 

Benteng muda Myanmar seperti mudah untuk mematahkan segala percubaan skuad senior negara ini. 

Skuad senior negara sebaliknya menerima tekanan daripada jentera serangan muda Myanmar yang kebanyakannya pemain bawah 23 tahun. 

Benteng pertahanan negara terpaksa berkerja keras mengekang asakan bertali arus skuad muda Myanmar. 

Tang Paing berjaya menjaringkan gol buat Myanmar pada minit ke-56 menewasakn Izham Tarmizi Roslan namun skuad negara bernasib baik apabila jaringan dibatalkan akibat offside. 

Kedudukan seri tanpa jaringan kekal hingga tamat perlawanan dan pasti ini meresahkan Datuk Ong KIm Swee sebelum turun ke Johor Bharu menghadapi dua perlawanan playoff Piala asia 2019 bertemu Timor Leste pada 2 dan 6 Jun depan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin.