Wednesday, April 24, 2019
vital-top
updated 3:28 PM UTC, Apr 24, 2019

Messi Beri Keterangan Di Mahkamah 2 Jun Ini

  • Published in Sukan

Barcelona - Bintang Barcelona dan Argentina, Lionel Messi dijadual memberi keterangan bersama bapanya di Mahkamah Sepanyol berhubung dakwaan penipuan cukai, 2 Jun ini.

 

Menurut sumber mahkamah, perbicaraan akan berlangsung selama empat hari bermula 31 Mei ini.

 

Messi dan bapanya, Jorge Horacio Messi menghadapi tiga tuduhan penipuan cukai termasuk mengelak membayar cukai pendapatan berjumlah lebih empat juta euro.