JDT Benam Kaya FC 7-2, Mara Ke Suku Akhir Piala AFC
- Ditulis oleh BeritaRTM
- Published in Sukan
Johor Baharu - Johor Darul Ta'zim (JDT) mara ke suku akhir Piala AFC selepas menbenam Kaya FC 7-2 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin semalam.
Pasukan JDT enampilkan permainan kemas dan agresif untuk mematahkan sebarang percubaan pasukan dari Filipina itu dengan mendahului 4-0 pada separuh masa.
Ternyata Kaya FC bukan tandingan buat JDT.
Gol Kaya FC dijaringkan oleh Jose Elmer Porteria pada minit ke-53 dan Antonio Ugarte pada minit ke-87.