Monday, February 18, 2019
vital-top
updated 3:50 PM UTC, Feb 18, 2019

Skuad Los Blancos Giat Jalani Latihan

  • Published in Sukan

Menjelang perlawanan akhir bolasepak liga juara pertemuan Real Madrid dan Atletico madrid di Stadium San Siro, Milan Itali, Skuad Los Blancos giat menjalani latihan sebelum turun beraksi di final pada 28 Mei ini. 

Ada sebahagian peminat menganggap pertemuan ini seperti perlawanan derby la liga, namun peminat kedua-dua pasukan tetap teruja menanti detik perlawanan akhir ini. 

Sementara, Christiano Ronaldo yang dilaporkan mengalami kecederaan peha yakin dirinya akan kembali pulih seratus peratus menjelang perlawanan. 

Ronaldo menjelaskan ini merupakan peluang terbaik Los Blancos untuk menjulang satu piala musim ini dan pasti rakan sepasukan akan memberikan persembahan terbaik. 

Dalam pada itu, bagi jurulatih, Zinedine Zidane ini juga merupakan peluang terbaik buat dirinya untuk menjadi antara individu yang berjaya mengucup piala liga juara juara selakupemain dan jurulatih. 

Pertemuan Real madrid dan Atletico Madrid dianggap seperti ulangan final liga juara tahun 2014 menyaksikan Los Blancos muncul juara menewaskan Rojiblancos 4-1 di masa tambahan.