Monday, February 18, 2019
vital-top
updated 3:50 PM UTC, Feb 18, 2019

Denmark Kalahkan Malaysia 3 -2 Dan Mara Ke Final Piala Thomas

  • Published in Sukan

 

Kunshan - Malaysia kalah kepada Denmark  2 - 3 di separuh akhir yang berlangsung di Pusat Sukan Kunshan semalam.

Pasukan badminton negara yang mendahului 2-0 gagal mempertahankan kelebihan itu.

Denmark, mendapat mata kemenangan dalam perlawanan perseorangan ketiga mereka, apabila Emil Holst tewaskan Chong Wei Feng 21-15, 21-18.

Datuk Lee Chong Wei menyumbang mata pertama kepada negara apabila menjinakkan Viktor Axelsen 23-21, 21-18.

Beregu utama, Goh V Shem-Tan Wee Kiong berjaya menang mengatasi gandingan Mathias Boe-Mads Conrad-Petersen 21-18, 21-18.

Pada perlawanan peseorangan kedua, Iskandar Zulkarnain Zainuddin gagal, kalah kepada Hans Kristian-Vittinghus 18-21, 18-21, memberi suntikan semangat kepada Denmark.

Pasangan beregu veteran Koo Kien Keat-Tan Boon Heong kalah kepada gandingan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen  21 - 10, 8 - 21 , 13 - 21, dan kedudukan ini memaksa perhitungan ditentukan dalam perlawanan kelima antara Holst dan Wei Feng.