Sunday, February 17, 2019
vital-top
updated 10:38 AM UTC, Feb 17, 2019

Piala Thomas 2016 - Malaysia Ke Separuh Akhir Selepas Tewaskan Taiwan 3 - 1

  • Published in Sukan

 

Kunshan - Malaysia ke separuh akhir Piala Thomas selepas tewaskan Taiwan 3-1 di Pusat Sukan Kunshan.

Mata pertama Malaysia dicapai apabila Datuk Lee Chong Wei tewaskan Chou Tien Chen 21-18, 21-18 dalam masa 48 minit.

Beregu pertama, V Shem-Wee Kiong kalah dengan set 21-16, 19-21, 19-21 kepada Lee Sheng Mu-Tsai Chia Hsin dari Taiwan dalam pertarungan hampir sejam.

Iskandar Zulkarnain Zainuddin yang bermain bijak menewaskan Hsu Jen Hao 21-8, 21-13, meletakkan  Malaysia di landasan kemenangan.

Beregu kedua negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong mendapat mata kemenangan dengan mengatasi Chen Hung Ling-Wang Chi-Lin 21-16, 22-20.