Monday, February 18, 2019
vital-top
updated 2:45 PM UTC, Feb 17, 2019

Lebih 200,000 Penyokong Leicester City Raikan Kejayaan The Foxes

  • Published in Sukan

Lebih 200,000 penyokong kelab Leicester City meraikan kejayaan The Foxes selepas berjaya menjuarai Liga Perdana Inggeris.    

Seolah-olah lautan biru memenuhi laluan sepanjang menuju ke Victoria park hingga ke pentas utama apabila peminat mengenakan jersi biru kebanggaan The Foxes. 

Leicester memulakan musim sebagai pasukan bukan pilihan. 

Namun, mereka berjaya mengubah status tersebut dengan melakar sejarah penuh bergaya muncul juara Liga Perdana Inggeris. 

Skuad Claudio Raneiri meraikan kejayaan kelab bersama pengerusi mereka Srivaddhanaprabha yang turut disertai ahli keluarganya. 

Leicester menutup musim dengan catat kemenangan dalam 12 perlawanan hanya tewas dalam 3 perlawanan.