Monday, February 18, 2019
vital-top
updated 3:50 PM UTC, Feb 18, 2019

Andy Murray Menang Gelaran Pertama Rom Masters

  • Published in Sukan

Rom - Pemain Britain Andy Murray dapat hadiah hari jadi paling bermakna tahun  ini apabila memenangi gelaran pertama Rom Masters, selepas menewaskan pilihan utama, Novak Djokovic di pentas final. 

Ia sekaligus mengubat kekecewaan Murray yang diletakkan selaku pilihan kedua itu yang tewas ke atas lawan sama di final Madrid Masters, minggu lalu. 

Murray menang 6-3, 6-3 pada hari jadinya yang ke-29 pada Ahad. 

Untuk rekod, daripada keseluruhan 32 pertemuan sebelum ini, Murray hanya mencatat 10 kemenangan menentang pemain nombor satu dunia itu. 

Rom Masters adalah kejuaraan ketiga Murray di gelanggang tanah liat selepas kejayaan di Munich dan Madrid, tahun lalu. 

Sementra itu, dalam aksi final WTA pula menyaksikan Serena Williams dipaksa bermandi peluh berdepan Madison Keys sebelum muncul juara. 

Dalam aksi perlawanan akhir pertemuan dua pemain Amerika Syarikat (AS)itu, Serena nampak bersedia untuk memulakan misi mempertahankan kejuaraan Terbuka Perancis minggu depan dengan kemenangan 7-6 (5) 6-3. 

Namun pemain terbaik dunia itu tetap kagum dengan rakan senegara yang hanya berusia 21 tahun. 

Serena meramalkan pemain muda itu mampu menjadi pemain nombor satu dunia di masa depan.