Friday, April 19, 2019
vital-top
updated 4:32 AM UTC, Apr 19, 2019

Bungkusan Mencurigakan Ditemui Di Old Tranfford, Perlawanan Bola Sepak Ditangguh

  • Published in Sukan

Manchester - Bungkusan mencurigakan yang ditemui di stadium Old Trafford adalah 'bom palsu'.

 

Alat itu ditinggalkan secara tidak sengaja oleh sebuah syarikat swasta di dalam tandas stadium selepas sesi latihan melibatkan unit pengesan bom, empat hari lepas, demikian menurut polis Manchester.

 

Penemuan 'bom palsu itu' menyebabkan perlawanan di antara Manchester United dengan Bournemouth yang sepatutnya berlangsung malam tadi, ditunda ke Rabu ini pada pukul 3 pagi waktu Malaysia.

 

Unit pemusnah bom sudah meletupkan secara terkawal bungkusan berkenaan.