Sunday, April 21, 2019
vital-top
updated 12:08 PM UTC, Apr 21, 2019

Piala Thomas - Malaysia Selangkah Lagi Untuk Ke Suku Akhir

  • Published in Sukan

China - Skuad negara hanya selangkah lagi untuk mara ke suku akhir selepas mencatat kemenangan ke atas England 4-1 dalam aksi sulung Kumpulan C di Kunshan, China. 

Keputusan itu menyaksikan Malaysia hanya perlu menang ke atas Jerman HARI INI bagi menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik, sebelum bertemu Korea Selatan. 

Mata pertama skuad negara disumbangkan jaguh perseorangan, Datuk Lee Chong Wei yang menewaskan Toby Penty 21-15, 21-11 sebelum beregu Goh V Shem-Tan Wee Kiong memungut mata kedua hasil kemenangan ke atas Marcus Ellis-Chris Langridge 21-12, 21-17. 

Mata ketiga dikutip Chong Wei Feng yang menewaskan Sam Parson 21-10, 21-10. 

Bagaimanapun gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong tewas selepas itu kepada gandingan Peter Briggs-Tom Wolfenden 18-21, 21-13, 17-21. 

Perseorangan ketiga, Goh Soon Huat memberi mata keempat buat Malaysia apabila mengatasi Alex Lane 21-15, 19-21, 21-13.