Sunday, April 21, 2019
vital-top
updated 12:08 PM UTC, Apr 21, 2019

Bekas Kapten Ragbi England Dipilih Sebagai Pengerusi Kesatuan Ragbi Antarabangsa

  • Published in Sukan

Bekas kapten pasukan ragbi England, Bill Beaumont dipilih sebagai Pengerusi Kesatuan Ragbi Antarabangsa RFU menggantikan Bernard Lapasset. 

Manakala Agustin Pichot dipilih sebagai Naib Pengerusi. 

Beaumont yang menerajui badan itu sebelum ini telah menjadi ahli jawatankuasa ekskutif  RFU sejak sedekad lalu. 

Sebelum itu beliau adalah Naib Pengerusi dari tahun 2007 to 2012. 

Beaumont pula adalah kapten pasukan yang berjaya membawa England ke saingan grand slam pada 1980. 

Pichot dari Argentina pula akan ,mengambil alih jawatan yang disandang oleh Oregan Hoskins. 

Beliau sebelum ini merupakan  Presiden Ragbi Amerika Syarikat. 

Kedua-dua calon telah dipilih sebulat suara dan bakal menggalas tugas mereka mulai satu Julai nanti.