Wednesday, April 24, 2019
vital-top
updated 3:28 PM UTC, Apr 24, 2019

WSBK - Persiapan Di Peringkat Akhir

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Menjelang perlumbaan Kejohanan FIM Superbike Dunia WSBK, hujung minggu ini, Ketua Pegawai Eksekutif, Litar Antarabangsa Sepang SIC, Datuk Razlan Razali berkata segala persiapan menjelang perlumbaan kini di peringkat akhir. 

Datuk Razlan berkata Persekutuan Motorsikal Antarabangsa FIM akan melakukan pemeriksaan secara terperinci bagi memastikan tiada sebarang kejadian tidak diingi berlaku sepanjang perlumbaan berlangsung. 

Ditanya mengenai harapan untuk pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin, beliau hanya mahu Zulfahmi memanfatkan peluang beraksi dilaman sendiri. 

Sementara itu, Zulfahmi Khairuddin tidak berasa tekanan dengan sasaran yang diberikan kerana yakin dengan segala persiapan dan bantuan pasukannya Orelac Racing.    

Perlumbaan FIM Superbike Dunia WSBK akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang bermula 13 hingga 15 Mei ini.