Monday, February 18, 2019
vital-top
updated 3:50 PM UTC, Feb 18, 2019

T-Team Dapat Tajaan Baru

  • Published in Sukan

Kuala Terengganu - T-Team mendapat tonik semangat baharu untuk mengharungi perlawanan seterusnya dalam 

persaingan liga Super musim ini.

Prestasi memberangsangkan T-Team yang turut dikenali Terengganu FC DUA itu, menarik minat syarikat anak Terengganu, Mesotropin Sdn Bhd untuk menaja pasukan. 

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berkenaan, Abdul Hafiz Abdul Wasa berkata walaupun telah berada di pertengahan musim, Mesotropin tetap berminat kerana T-Team mempamerkan corak permainan yang berbeza dengan pasukan lain. 

Jelas Abdul Hafiz, dengan penajaan tersebut diharapkan para pemain T-Team akan lebih bertenaga dalam menghadapi perlawanan yang akan datang. 

Sebagai permulaan syarikat berkenaan akan menaja dari segi wang tunai, baju rasmi Mesotropin, serta produknya kepada semua pemain dengan nilai keseluruhan dianggarkan hampir 120-ribu ringgit musim ini. 

Selain tidak menolak untuk memberi tajaan yang lebih besar kepada pasukan itu pada musim hadapan.

Abdul Hafiz berkata demikian kepada pihak media selepas sesi penyerahan tajaan Mesotropin di Pejabat T-Team, Kuala Terengganu. 

T-Team menjadi pasukan bola sepak pertama ditaja syarikat berkenaan yang sebelum ini menaja beberapa atlet kebangsaan dari sukan bina badan dan lumba basikal.