Sunday, April 21, 2019
vital-top
updated 8:34 AM UTC, Apr 21, 2019

Rayuan Bekas Pemain Bola Sepak Yang Digantung Diterima

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Mesyuarat Exco FAM ke-8 membuat keputusan, rayuan 84 bekas pemain yang dikenakan hukuman gantung daripada terlibat dengan aktiviti bolasepak, diterima.    

Namun, daripada jumlah itu, nasib enam pemain yang dikenakan hukuman gantung seumur hidup masih dalam proses rundingan dengan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa, FIFA. 

Ini bermakna bagi 78 bekas pemain, mereka bebas untuk terlibat dengan mana-mana pasukan liga Malaysia sekiranya menerima tawaran. 

FAM akan berbincang dengan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa FIFA dan beberapa pihak lain untuk mengetahui nasib 6 lagi bekas pemain tersebut. 

Matlan Marjan, Matusin Bowie, Junaidy Tuah, Gerard Mojiliu, G. Raveychandran dan Charles Tindi merupakan 6 pemain Sabah yang digantung seumur hidup oleh FAM pada 1995. 

Mereka didapati bersalah kerana terlibat dengan kes mengatur perlawanan sekaligus tidak dibenar melibatkan diri dalam mana-mana aktiviti bolasepak diperingkat negeri dan FAM.