Monday, February 18, 2019
vital-top
updated 3:50 PM UTC, Feb 18, 2019

Misi Perenang Negara Jinq En Hampir Layak Ke Sukan Olimpik

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Misi perenang negara, Phee Jinq En untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Rio, semakin hampir .
  
Jinq En hanya memerlukan 0.8 saat untuk melayakkan diri secara merit dalam acara 100 meter kuak dada wanita.

Kelayakan ke Olimpik semakin hampir selepas Jinq En berjaya memperbaharui rekod kebangsaan miliknya sendiri dengan catatan 1 minit 08.65 saat dalam  acara kegemarannya itu semalam, memadam rekod lama 1 minit 08.99 saat yang dilakukannya pada Mac lalu.

Manakala had kelayakan ke Sukan Olimpik ialah 1 minit 07.85 saat.

Jinq En, yang mewakili Selangor meraih pingat emas, menewaskan Erika Kong dari Sarawak pingat perak yang mencatat masa 1 minit 12.26 saat, manakala gangsa perenang Indonesia, AT Vanessa Evato, ketiga dengan 1 minit 13.06 saat.

Sementara itu percubaan seorang lagi perenang negara Welson Sim,  untuk menambah kelayakan Tiket A ke Sukan Olimpik bagi acara 100 meter gaya bebas lelaki tidak kesampaian apabila perenang Sarawak itu sekadar menamatkan saingan di tempat kedua dengan catatan 50.64 saat.