Monday, February 18, 2019
vital-top
updated 3:50 PM UTC, Feb 18, 2019

Final Piala FA 2016 - JDT Bertemu PKNS FC

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Perlawanan akhir Piala FA akan menyaksikan Johor Darul Ta'zim (JDT) bertemu PKNS FC selepas mereka menundukkan lawan masing-masing pada aksi separuh akhir kedua.

JDT menewaskan Kedah 3-1 dengan agregat 4-3 dalam aksi sengit di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, sementara PKNS FC atasi Perak 2-1 juga dengan agregat 4-3 di Stadium Ipoh, Perak.

Perlawanan akhir Piala FA 2016 akan berlangsung pada 14 Mei ini dan venue pertandingan belum ditetapkan.