Friday, April 19, 2019
vital-top
updated 4:55 AM UTC, Apr 19, 2019

Datuk Nicol David Mara Ke Suku Akhir

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Datuk Nicol Ann David menempah slot ke suku akhir sekaligus muncul wakil tunggal negara meneruskan cabaran Kejohanan Skuasy Wanita Dunia PSA NAZA.

Pusingan kedua bekas pemain no.1 dunia itu menjinakkan pemain England Alison Warters melalui keputusan straight game.   

Terdahulu berlangsung aksi antara pilihan ke 4 Camille Serme dari Perancis menentang Sarah Jane Perry dari England.

Camille tidak menghadapi masalah meneruskan kemaraan dengan keputusan straight set.

Menang mudah set pertama 11- 5.

Camille  terus mendominasi set kedua 11-7 sebelum menamatkan saingan dengan kemenangan 11- 6 hanya dalam masa 35 minit.

Aksi tumpuan seterusnya melibatkan pemain ke-11 dunia Alison Warters dengan Datuk Nicol Ann David.

Pusingan kedua Nicol tetap berwaspada bertemu Alison kerana lawan pernah menundukkannya di suku akhir kejohanan Juara-Juara di New York Januari lalu.

Set pertama aksi berlangsung sengit namun pengalaman memihak Nicol untuk menang  9-11.

Set kedua Nicol terus beraksi garang untuk menang 3-11 sebelum ketinggalan di set ketiga.

Nicol kini di ranking ke 5 dunia tidak goyah untuk mengikat mata dan menoktahkan kemenangan 5-11.