Sunday, February 17, 2019
vital-top
updated 1:46 PM UTC, Feb 17, 2019

Usaha Popularkan Sukan Dodgeball - MDF

  • Published in Sukan

 

Sepang - Persekutuan Dodgeball Malaysia (MDF) akan mempergiatkan usaha untuk terus menjadikan sukan dodgeball setanding dengan sukan lain di Malaysia.

 

Ia berikutan kejayaan pasukan dodgeball dalam kejohanan dunia di Manchester, England baru-baru ini.

   

Presiden MDF, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata walaupun MDF berusia tidak sampai 6 bulan, kejayaan pasukan lelaki negara memenangi pingat perak di Piala Dunia Manchester baru-baru ini menjadi loncatan untuk sukan dodgeball menjadi popular di Malaysia.

 

Menetapkan sasaran 2 tahun untuk MDF melaksanakan misi itu, beliau berkata ia tidak mustahil dilakukan apabila sukan tersebut sesuai dimainkan oleh semua lapisan masyarakat. 

 

 

Sementara itu Setiausaha MDF, Norzieka Faisal berkata, banyak rancangan telah diatur untuk menjadikan sukan doidgeball sebahagian dari sukan untuk rakyat Malaysia.

 

 

Beliau juga menetapkan sasaran permulaan dodgeball akan menjadi sebahagian dari acara dalam temasya Sukan Malaysia SUKMA 4 tahun lagi di Johor selain usaha mempergiatkan pendedahan pemain sedia ada di peringkat antarabangsa.

 

Pasukan dodgeball pulang ke tanahair malam tadi selepas mengharumkan nama negara di Piala Dunia Manchester, England.

 

Skuad dodgball wanita dan pasukan bercampuran turut mengharumkan nama negara selepas menjadi juara dan naib juara dalam kejohanan jemputan.