Monday, February 18, 2019
vital-top
updated 2:45 PM UTC, Feb 17, 2019

Liga Super - JDT 1 Kedah 1, S´gor 0 PDRM 0, K´tan 3 Terengganu 0 Dan S´wak 1 Pahang 1

  • Published in Sukan

 

Kuala Lumpur - Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), gagal kembali menerajui persada liga apabila terikat 1-1 dengan juara Liga Perdana 2015, Kedah, di Stadium Darul Aman, Alor Setar semalam.

Pasukan Selangor kekal di tangga ketiga selepas terikat tanpa jaringan dengan tuan rumah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Kelantan berjaya melonjak ke tangga kelima carta apabila mencatatkan kemenangan 3-0 keatas satu lagi pasukan dari Pantai Timur, Terengganu di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Baharu.

Sementara itu, pasukan Sarawak pula melepaskan peluang untuk mencatatkan kemenangan kedua musim ini dalam perlawanan kesembilan apabila terikat 1-1 dengan Pahang FC di Stadium Negeri, Kuching.

Dalam dua lagi aksi Liga Super esok, Perak akan bertemu pendahulu carta, Felda United di Stadium Perak, Ipoh.

Pasukan Pulau Pinang pula akan menerima kunjungan Terengganu FC II di Stadium Bandaraya.