Wednesday, April 24, 2019
vital-top
updated 3:28 PM UTC, Apr 24, 2019

Nicol David Percaya Sokongan Peminat Jadi Perangsang Kejohanan Skuasy Dunia

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David percaya sokongan padu peminat tempatan mampu menjadi perangsang buat diri untuk cuba mencari kejuaraan kesembilan di kejohanan Skuasy Dunia PSA yang akan berlangsung di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil Isnin depan.
   
Nicol Ann David yang diletakkan selaku pilihan kedua kejohanan akan turun menentang pemain Australia, Rachel Grinham di pusingan pertama undian utama Selasa depan.

Melalui komen Nicol di laman sesawang Persatuan Skuasy Profesional, PSA, beliau yakin venue kejohanan pasti akan dipenuhi peminat-peminat tempatan dan menghadirkan suasana gamat dan bertenaga.

Nicol turut menjelaskan kemenangan di hadapan peminat Malaysia akan menjadi satu bonus buat dirinya.

Bagaimanapun, prestasi Nicol sedikit terumbang ambing apabila terlepas ranking teratas dunia kepada pemain England, Laura Massaro Januari tahun ini.

Untuk rekod, Nicol telah menjuarai kejohanan dunia sebanyak lapan kali - 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2014.