Liga Premier - Melaka United Pintas Kuala Lumpur Di Tangga Teratas
- Ditulis oleh BeritaRTM
- Published in Sukan
Kuala Lumpur - Enam perlawanan berlangsung semalam dengan Melaka United berjaya merampas kedudukan teratas daripada Kuala Lumpur selepas menang tipis 1-0 ke atas DRB Hicom di Stadium Proton Tanjung Malim .
Kuala Lumpur walaupun berkongsi 18 mata dengan Melaka United merosot ke tangga kedua selepas sekadar seri 2 sama dengan Perlis.
Berikut keputusan penuh perlawanan tersebut.
1. PERLIS 2 K.LUMPUR 2
2. DRB HICOM 0 MELAKA UNITED 1
3. ATM 1 KUANTAN FA 2
4. SIME DARBY 0 UITM FC 0
5. PKNS FC 2 SABAH 1
6. JDT 11 3 N.SEMBILAN 2